Sunday, June 13, 2010

Hj Rashid berjumpa Pak Habib


Salam braders,

semalam saya dan brader Ismail Musa ke KB menghadiri Walimatul árus brader Hj Hanapi Yusof (2) dan berjumpa brader Int 2, Hj Ismail Dollah, Brader Hj Razak Sukaimi dan Brader Hj Suhaimi Ismail. Sungguh lama saya tak berjumpa secara fizikal dgn brader Hj Suhaimi ni (sejak tahun 70' han. Selalu berjumpa di email gp ni saja ( ID: Shu)

Beliau menceritakan pengalaman membawa chopper dan pengalaman yg mencemaskan termasuk 2 kali terhempas dia padang pasir dan di Acheh (masa Tsunami dulu)

Dulu masa kat Afats, brader Hj Suhaimi ni kita panggil Habib sebab iras muka dia macam RSM En Habib. Sekarang ni bila saya panggil Habib, dia buat buat tak tau jer...

Saya rasa sungguh bangga berjumpa lagi seorang brader yg seangkatan dengan saya. Alhamdulillah syukur semuga Allah memberkati sisa sisa umur kita dan hanya Allah saja yang mengetahui bila kita akan di panggil..... .......

Saya sertakan gambar brader Hj Suhaimi untuk sapa yang belum pernah berjumpa dgn nya........

p/s saya juga diberitau brader Hj Alias Warjan (2), Brader Hj Lani (2) dan brader dari Int 5, 6 dan 7 juga berada di KB tapi tak sempat berjumpa.

Sunday, June 6, 2010

Seronok Naik Kapal NAVY



Pertama kali naik kapal Tentera Laut Diraja Malaysia semasa perkhemahan di Lumut. Destinasi pelayaran adalah Pulau pangkor 1969 bersama Super Seniors Intake 1.

Rojis Kena Tembak



Masih ingat perkhemahan di Pantai Gebeng Kuantan (1970?). Mash ingat Rojis kena tembak peluru plastik dan dibawa ke Hospital Kuantan? Dalam gambar dari kiri ke kanan: Ismail Haron (lama menyepi tak dengar berita), Ismail Musa dan Mohd Lani.